Program TIGA tahun iaitu ENAM semester bagi Diploma Ukur tanah ini merangkumi pengetahuan asas Kerja Ukur Tanah. Pelajar akan mempelajari teori dengan penekanan terhadap kerja ukur dilapangan (praktikal) untuk pendedahan dan pemahaman khususnya bidang yang berintegrasikan pemerolehan, pemprosesan, analisis, paparan dan pengurusan maklumat "spatial" serta persembahan maklumat kedudukan dalam bentuk topografi di bumi.
Program Diploma Ukur Tanah ini meliputi Bidang Ukur kejuruteraan & Geodetik, Bidang Ukur kadaster & perundangan Tanah dan juga Bidang Geoinformasi & Pemetaan. Bagi melengkapkan lagi Program Ukur Tanah, pelajar akan menjalani Latihan Industri pada semester ke EMPAT di firma-firma konsultan jurukur, syarikat-syarikat pembinaan dan juga agensi kerajaan yang terlibat.
DIPLOMA UKUR TANAH
Ahad, 5 Januari 2014
PENGENALAN JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Awan sedang mengorak langkah merealisasikan Transformasi Politeknik bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran dalam memacukan ekonomi negara berasaskan pengetahuan. Secara umumnya, konsep asas pembelajaran bagi semua bidang di Jabatan Kejuruteraan Awam dikekalkan dan ianya disesuaikan dengan kehendak semasa dalam arena globalisasi berasaskan teknologi masa kini. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan agar graduan yang dilahirkan mempunyai daya keusahawanan, kebolehpasaran dan mempunyai daya saing yang tinggi sesuai dengan aspirasi Negara menjelang wawasan 2020. Akhir kata, Jabatan Kejuruteraan Awam mengalu-alukan daripada pihak luar serta syarikat korporat untuk menjalinkan kerjasama dalam inovasi dan kolaborasi dengan Jabatan ini.
Jabatan ini ditunjangi dengan tenaga pengajar dan staf sokongan melebihi 100 orang, terdiri daripada para profesional yang diiktiraf kelayakannya, terlatih serta berpengetahuan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berkualiti didalam menampung sektor awam dan swasta di malaysia. Dengan bilangan pelajar melebihi 1500 pada satu-satu semester, lulusan ini akan berganding bahu dengan Jurutera / Arkitek / Juruukur Profesional bagi menyediakan infrastruktur binaan, bangunan, jambatan, lebuhraya, dan kemudahan bekalan air sisa di samping menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain memberi ilmu pengetahuan, Jabatan ini juga memberikan latihan kemahiran secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran di bengkel serta makmal yang berkaitan. Jabatan Kejuruteraan Awam juga menyediakan kursus-kursus yang berasaskan teknologi pembinaan terkini termasuk kursus CIDB untuk kad hijau.
Program
Jabatna Kejuruteraan Awam menawarkan TIGA Program Diploma mengikut bidang masing-masing dan SATU Program Sijil seperti berikut :
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Ukur Tanah
- Diploma Seni Bina
- Sijil Kemahiran khas (Awam Pembinaan)
LOGO POLITEKNIK UNGKU OMAR
MOTO KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI
Visi : Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.
Misi : Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
SEJARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR
Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan
Raja Musa Mahadi (dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan
pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak
RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini
mengambil sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmaddemi mengenang jasa dan sumbangan
beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan
perubatan.
Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi.
Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuanUNESCO dan ini bertujuan untuk
melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi
menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan
untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar
di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula
beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga
pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan
dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Kampus
Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh. Pada penghujung 1973, Politeknik
berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus kekalnya dan telah dirasmikan
pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.
Kampus ini
kini dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan Kinta dan dinamakan
Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal penubuhan, politeknik ini mempunyai
empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan
Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dengan
bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA. Pada 1 Mac 1999, dua unit
akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan
Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan
akademik.
Langgan:
Catatan (Atom)