Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Awan sedang mengorak langkah merealisasikan Transformasi Politeknik bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran dalam memacukan ekonomi negara berasaskan pengetahuan. Secara umumnya, konsep asas pembelajaran bagi semua bidang di Jabatan Kejuruteraan Awam dikekalkan dan ianya disesuaikan dengan kehendak semasa dalam arena globalisasi berasaskan teknologi masa kini. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan agar graduan yang dilahirkan mempunyai daya keusahawanan, kebolehpasaran dan mempunyai daya saing yang tinggi sesuai dengan aspirasi Negara menjelang wawasan 2020. Akhir kata, Jabatan Kejuruteraan Awam mengalu-alukan daripada pihak luar serta syarikat korporat untuk menjalinkan kerjasama dalam inovasi dan kolaborasi dengan Jabatan ini.
Jabatan ini ditunjangi dengan tenaga pengajar dan staf sokongan melebihi 100 orang, terdiri daripada para profesional yang diiktiraf kelayakannya, terlatih serta berpengetahuan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berkualiti didalam menampung sektor awam dan swasta di malaysia. Dengan bilangan pelajar melebihi 1500 pada satu-satu semester, lulusan ini akan berganding bahu dengan Jurutera / Arkitek / Juruukur Profesional bagi menyediakan infrastruktur binaan, bangunan, jambatan, lebuhraya, dan kemudahan bekalan air sisa di samping menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain memberi ilmu pengetahuan, Jabatan ini juga memberikan latihan kemahiran secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran di bengkel serta makmal yang berkaitan. Jabatan Kejuruteraan Awam juga menyediakan kursus-kursus yang berasaskan teknologi pembinaan terkini termasuk kursus CIDB untuk kad hijau.
Program
Jabatna Kejuruteraan Awam menawarkan TIGA Program Diploma mengikut bidang masing-masing dan SATU Program Sijil seperti berikut :
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Ukur Tanah
- Diploma Seni Bina
- Sijil Kemahiran khas (Awam Pembinaan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan