Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan
Raja Musa Mahadi (dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan
pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak
RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini
mengambil sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmaddemi mengenang jasa dan sumbangan
beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan
perubatan.
Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi.
Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuanUNESCO dan ini bertujuan untuk
melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi
menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan
untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar
di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula
beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga
pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan
dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Kampus
Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh. Pada penghujung 1973, Politeknik
berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus kekalnya dan telah dirasmikan
pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.
Kampus ini
kini dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan Kinta dan dinamakan
Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal penubuhan, politeknik ini mempunyai
empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan
Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dengan
bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA. Pada 1 Mac 1999, dua unit
akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan
Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan
akademik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan